comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Dana khusus ditubuhkan bantu mangsa bencana alam

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar di negara ini, Barisan Nasional (BN) berjanji akan menubuhkan dana khusus bagi tujuan itu.

Melalui kandungan dokumen Manifesto BN, gabungan parti itu turut komited untuk memastikan semua projek kerajaan mematuhi prinsip dan kayu ukur amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Malaysia sebagai perunding utama inisiatif ‘debt for nature’ di ASEAN, memberi peluang kepada negara kaya menawarkan dana sebagai pampasan terhadap usaha mengurangkan dan menghentikan eksploitasi alam sekitar.

“Selain itu BN turut berjanji menaikkan liputan kawasan hutan kepada 60 peratus muka bumi Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.

Loading...
Terkini