comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Hab keselamatan Sabah tingkat keyakinan pelabur – Bung

Amanat Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada penduduk pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Bersama Penduduk Mukim Transpegalan, Padang Awam Kg Panagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Oleh Safwan Sawi

KENINGAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik Wilayah Sabah dijadikan hab keselamatan negara termasuk gergasi ekonomi negara baharu yang menjadi salah satu janji manifesto BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Jaminan itu ujar Datuk Seri Bung penting bagi menarik keyakinan pelabur luar ke Sabah selain memastikan tidak ada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab cuba menakluki negeri itu.

“Memang ini yang kita alu-alukan sebab rakyat Sabah juga perlu jaminan dari segi keselamatan ini memang di mana-mana dunia pun memang diberi tanggungjawab kepada persekutuan ini penting pelabur tidak akan datang sekiranya keadaan di Sabah tidak selamat dan ini pada saya merupakan satu manifestasi yang jelas bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membiarkan seincipun bumi Sabah ini ditakluki oleh mana-mana pihak” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, janji itu juga akan menjadi kesinambungan dalam Manifesto BN Sabah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Datuk Seri Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ditemui media selepas hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Mukim Transpegalan, Padang Awam Kampung Panagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga penyandang kerusi Parlimen P.182 Pensiangan dan calon BN PRU15 bagi kerusi Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Pada PRU-15, kerusi parlimen Pensiangan menyaksikan Datuk Arthur (BN) berdepan tentangan lima penjuru iaitu calon dari parti PEJUANG; Jamani Derimin, Siti Noorhasmawatthy Osman (WARISAN); Jekerison Kilan, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); dan Sangkar Rasam, Pakatan Harapan (PH).

Loading...
Terkini