comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Petanda kerajaan stabil, kekal hingga PRU seterusnya

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjadi bukti jelas kerajaan yang ditadbirnya ketika ini adalah stabil.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran konvensyen itu juga sekali gus menidakkan ‘cakap-cakap’ bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya sejak enam bulan lalu tidak dapat bertahan.

Foto: Anwar Ibrahim/Facebook

“Alhamdulillah dengan konvensyen hari ini, ini signal jelas rakyat Malaysia dan dunia kerajaan ini bukan sahaja stabil tapi insyaallah kekal hingga PRU akan datang. Kekal utk apa untuk pastikan tatakelola yang baik pastikan dasar boleh memacu pertumbuhan dan bela nasib rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata, kestabilan politik yang dicapai ketika ini dapat menjamin keupayaan negara memacu pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tegasnya, amalan politik adu domba turut perlu dihentikan bagi memastikan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Loading...
Terkini