comscore
Tumpuan :
Politik

Nik Abduh dipilih jadi Senator wakili Kelantan

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Senator pada persidangan Dun Kelantan hari ini. menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Julai lalu.

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, bersetuju memilih bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi mewakili negeri ini.

Beliau menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya, Julai lalu.

Pencalonan Nik Mohamad Abduh dikemukakan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Cadangan calon itu disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Sukacita saya memaklumkan pada 1 Jun lalu saya menerima satu surat daripada Setiausaha Dewan Negara yang memaklumkan penamatan tempoh perkhidmatan Senator Mohd Apandi Mohamad.

“Pada hari ini DUN diminta membuat pemilihan untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara bagi mewakili dewan ini berikutan perkhidmatan ahli Dewan Negara tamat tempoh pada 7 Julai lalu,” kata Mohd Amar ketika mengumumkan kekosongan kerusi terbabit.

Nik Mohamad Abduh adalah anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pernah menjadi ahli Parlimen selama dua penggal iaitu di Parlimen Pasir Mas dan Bachok.

Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namanya digugurkan sebagai calon, selain turut tidak tersenarai pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan lalu.

Loading...
Terkini