comscore
Tumpuan :
Politik

Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini – Samsuri

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. FOTO : NSTP

KUALA TERENGGANU: Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan bagi dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di sini.

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

Loading...
Terkini