comscore
Tumpuan :
Politik

Perdana Menteri Zahir Penghargaan Atas Sokongan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong kerajaan pimpinannya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain”

“Ini adalah selaras dengan titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Muhyiddin juga berharap agar pendirian Ahli-Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19 sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

Seramai 31 Ahli Parlimen daripada UMNO dan BN hari ini menyatakan pendirian untuk terus bersama serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan pentadbirannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua Ahli Parlimen terbabit berpendirian supaya keabsahan kerajaan hari ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan oleh wakil rakyat menerusi usul undi percaya yang dijadual dibentangkan di Parlimen September nanti.

Loading...
Terkini