comscore
Tumpuan :
Politik

PH Johor mohon pertimbang sertai JTPD

Jimmy bertemu penduduk di Ulu Tiram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada gabungan itu untuk masuk masyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Bendaharinya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah berkata, ia berikutan gabungan itu sudah menjadi rakan sekutu di peringkat persekutuan.

“Kemasukan itu bagi menyelaraskan gerak kerja, dan saya harap Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) boleh pertimbangkan.

“PH Johor juga akan menulis surat secara rasmi dalam masa terdekat untuk perkara ini,” katanya ketika bertemu penduduk di Parlimen Tebrau, Ulu Tiram, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, Jimmy meraih majoriti 30,720 undi menewaskan dua lawannya daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). – HARIAN METRO

Loading...
Terkini