comscore
Tumpuan :
Politik

PRN 2023 : PAS nafi keluar kenyataan tolak Prof Haim Hilman MB Kedah baharu – Takiyuddin

Kota Bharu: PAS menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung dakwaan parti itu menolak Prof Haim Hilman Abdullah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan itu adalah palsu.

“Kenyataan media bertajuk ‘PAS Menolak Prof Haim Sebagai Menteri Besar Kedah Baharu’ bertarikh 11 Ogos yang tular sejak semalam adalah palsu dan tiada kaitan langsung dengan PAS atau Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, tular kenyataan media kononnya daripada Takiyuddin berhubung PAS menolak calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Haim Hilman sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Menerusi kenyataan yang bertarikh semalam itu turut memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang berlangsung kelmarin memutuskan yang antara lain Bersatu menuntut jawatan Menteri Besar diberikan kepada calon mereka atau calon DUN Jitra, Haim Hilman.

Kenyataan itu turut mendakwa, PAS memberi arahan kepada pengundi di DUN Jitra supaya tidak mengundi Haim Hilman.

Loading...
Terkini