comscore
Tumpuan :
Politik

Senarai EXCO Kedah dipersembah kepada Sultan Khamis ini – Sanusi 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mempersembahkan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Khamis ini.

Senarai exco itu katanya sudah diteliti selepas dicadangkan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam satu mesyuarat semalam.

“Parti yang buat keputusan. Saya tapis sedikit dan bagi pandangan. kalau Tuanku (Sultan Kedah) perkenan, alhamdulillah. Kalau Tunku minta tukar, kita tukarlah.”

“Saya tidak boleh bagitahu nama siapa kerana tidak boleh mendahului proses-proses yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi telah merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah dengan mengedarkan bendera Jalur Gemilang di dua lokasi Plaza Tol Alor Setar (Utara) dan premis perniagaan di Kompleks City Plaza Alor Setar.

Beliau berkata kempen itu adalah bertujuan untuk menyemarak dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di Kedah bersempena dengan Sambutan Hari kebangsaan Malaysia yang ke-66.

Loading...
Terkini