comscore
Tumpuan :
Politik

Shahidan Kassim tidak bertanding di Selangor

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Beliau berkata ia bagi memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding di negeri berkenaan.

“PN perlu mengetengahkan lebih ramai calon muda untuk bertanding di Selangor.

“Apa yang paling penting sekarang ini, kita dapat memerintah Selangor,” katanya ketika ditemui selepas ceramah pasca bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Kambing, di sini, malam tadi.

Beliau sebelum ini dikatakan akan bertanding sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya itu nanti dan akan berbincang dengan parti sekiranya beliau dipilih sebagai calon di Selangor.

“Kalau nama saya naik pun (menjadi calon), saya nak bincang (dengan pimpinan PN). Tumpuan saya kini adalah untuk membantu berkempen bagi calon PN di enam negeri menjelang PRN ini,” katanya.

Loading...
Terkini