comscore
Tumpuan :
Politik

Tiada parti memang majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Pahang

KUANTAN: Tiada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang, pertama kali dalam sejarah.

Ini sekali gus mewujudkan situasi ‘tergantung’ setakat jam 1.45 pagi tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh 16 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.

Kerusi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli yang meninggal dunia jam 3.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mana-mana parti perlu menang 21 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Selain itu, kemungkinan pembentukan kerajaan campuran sama ada gabungan BN dan PN atau gabungan PN dan PH atau BN dan PH.

Keputusan tidak rasmi, memberi kemenangan kepada BN di Jelai, Padang Tengku, Benta, Batu Talam, Dong, Inderapura, Peramu Jaya, Bebar dan Chini, Jenderak, Kerdau, Sabai, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

PN pula menang di Cheka, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Beserah, Semambu, Tanjung Lumpur dan Panching, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lanchang Sungai Lembing, Lepar, Panching dan Kuala Semantan.

Gabungan PH pula menguasai tujuh kerusi masing-masing di Tanah Rata, Tras, Teruntum, Pulau Manis, Mentakab, Bilut, Ketari dan Triang.

Loading...
Terkini