comscore
Tumpuan :
Politik

Tiada perbincangan PH-UMNO setakat ini – Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada sebarang perbincangan diadakan setakat ini antara Pakatan Harapan (PH) dengan beliau.

Ia berhubung tindakan beberapa bekas ahli UMNO yang menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

“Setakat ini belum dibincang dengan saya lagi,” katanya ringkas.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO tidak lama lagi sebagai menghormati parti berkenaan yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Pada 27 Januari lalu, UMNO memecat 44 ahlinya termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di atas pelbagai kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (MTVET) kali pertama tahun ini, di sini hari ini.

Loading...
Terkini