comscore
Tumpuan :
Santai

Air pasang besar jadi tarikan di Taman Negara Tanjung Piai

Oleh Zahir Senapiah

PONTIAN: Selain keistimewaan hutan paya bakau tertua didunia, yang kaya dengan flora dan fauna, Taman Negara Tanjung Piai yang terletak dihujung selatan benua Asia mempunyai daya tarikan tersendiri setiap kali tiba bulan November dan Disember saban tahun.

Sejak dua hari lalu, lokasi ini mendapat perhatian pelancong dalam dan luar negara bagi merasai fenomena air pasang besar yang disebabkan oleh kenaikan paras air laut setinggi 3.5 meter dan melimpah ke kawasan taman negara.

Seorang suri rumah, Siti Naiman Zinuddin, 31, berkata dia mengambil kesempatan sempena cuti peristiwa dan cuti umum untuk membawa ahli keluarga menyaksikan fenomena berkenaan.

“Memandangkan cuti panjang saya bawa anak-anak ke sini sebab lokasinya pun tak jauh dari rumah.

“Memang setiap hujung tahun kami akan ke sini sebab tahu ada air pasang, anak-anak pun suka dapat bermain air,” katanya.

Bagi Mohd Najib Zainal, 46, dia yang bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai turut mengambil kesempatan bersama sembilan ahli keluarganya beriadah sempena cuti berkenaan.

“Taman Negara Tanjung Piai ini memang terkenal dengan hutan paya bakaunya, tetapi lagi istimewa bila hujung tahun kerana pengunjung dapat merasai pengalaman menyaksikan fenomena air pasang besar sekali,” katanya.

Tidak ketinggalan sebipangan warga Singapura, Taiwan dan China yang datang secara berkumpulan mahunpun bersama ahli keluarga masing-masing bagi merasai fenomena yang sukar ditemui ditempat lain.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Taufik Bahar ketika dihubungi memaklumkan fenomena air pasang besar sememangnya menjadi daya tarikan ke taman negara Tanjung Piai setiap kali tiba akhir tahun.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung, pihaknya akan memastikan orang ramai mandi manda dikawasan yang sentiasa diawasi pegawai keselamatan yang terlatih.

Loading...
Terkini