comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Akhyar Rashid kembali jalani latihan minggu depan


KUALA NERUS: Khabar gembira buat penyokong Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang menjadi mangsa samun dan pukul, dijangka kembali turun menjalani sesi latihan di padang, minggu depan.

Perkembangan itu dikongsi pengendali T-F-C, Tomislav Steinbruckner, yang meletak harapan yang tinggi untuk Akhyar, 25 tahun, kembali memperkuatkan pasukan pada perlawanan kedua Liga Super dalam aksi menentang Pulau Pinang pada 19 Mei depan.

Menurut Steinbruckner, pemain tersebut menunjukkan tanda-tanda positif dan beransur pulih selepas menerima enam jahitan susulan insiden itu.

Bagaimanapun, Akhyar diberi cuti beberapa hari lagi untuk diberi ruang berehat sekaligus terpaksa diketepikan untuk aksi pembukaan Liga Super bertemu Perak Sabtu ini.

“Akhyar akan kembali ke padang usai aksi TFC menentang Perak, dia (Akhyar) akan diberi rehat beberapa hari lagi selepas kecederaannya sembuh dan mentalnya kembali stabil” katanya.

Pada 2 Mei lalu, Akhyar cedera di kepala dan kaki akibat disamun berdekatan kondominium kediamannya di Kuala Terengganu.

Berikutan kejadian itu, tonggak Harimau Malaya berkenaan menerima empat jahitan di kepala dan dua di bahagian kaki selain kerugian lebih RM4,800.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini