comscore
Tumpuan :
Sukan

Apa sudah jadi dengan Kelantan?

Pemain Kelantan, Mohd Arip Amiruddin (kanan) diasak oleh pemain Selangor, Aryon Del Valle (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar.

PETALING JAYA: Prestasi Kelantan dalam Liga Super terus dipertikaikan apabila tewas 2-11 kepada pasukan tangga kedua liga, Selangor.

Apa tah lagi kekalahan itu dialami Kelantan ketika beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sebentar tadi.

Artikel berkaitan: BOLA SEPAK: Liga Super Wanita Kuala Lumpur tarik penyertaan 10 pasukan 

Lebih mengejutkan apabila Kelantan dalam perlawanan itu berjaya mendahului 2-0 pada awal permainan menerusi gol oleh Natanael Siringoringo pada minit ke-5 dan Fazrul Amir minit ke-13.

Penyokong membuat formasi ‘smiley’ sedih dan mengejek pemilik kelab itu, Norizam Tukiman atau Zamsaham selepas Kelantan tewas 2-11 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar.

Selepas itu, aksi Kelantan tiba-tiba merudum apabila membenarkan Selangor bangkit memintas untuk kedudukan 4-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Selangor berpesta gol apabila menjaringkan 7 gol lagi pada babak berikutnya.

Artikel berkaitan: Bekas pemain Liga Super mengaku tidak bersalah tuduhan pecah rumah & miliki barang curi

Aryon del Valle paling cemerlang apabila menyumbang 4 gol; Richmond Boakye 3 gol; Faisal Halim 2 gol dan masing-masing satu gol menerusi Yohandry Orozco dan Shahrul Nazeem.

Kekalahan itu meletakkan Kelantan kekal di tangga kedua tercorot dengan 8 mata selepas 21 perlawanan.

Selangor semakin selesa di tangga kedua dengan 49 mata selepas 22 perlawanan, beza 6 mata dengan pasukan tangga ketiga, Kedah yang mengumpul 43 mata selepas 20 perlawanan.

Johor Darul Ta’zim JDT kekal di tangga teratas dengan 60 mata penuh daripada 20 perlawanan.

Loading...
Terkini