comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Apek’ nafi isu tunggakan gaji punca Sabah dibelasah Terengganu

Khairul Fahmi (di belakang ketua pasukan Sabah FC) ketika menentang Terengganu FC. FOTO: Ihsan Sabah FC

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat menafikan isu tunggakan gaji menjadi sebab kekalahan teruk pasukannya di tangan Terengganu FC pada aksi suku akhir Piala FA minggu lalu.

Sabah FC tersingkir daripada saingan menerusi agregat 0-7, tewas 0-4 di gelanggang lawan pada 28 Jun dan 0-3 (6 Julai) di tempat sendiri.

“Itu satu khabar angin yang tidak berasas kerana pihak pengurusan pasukan kami bertindak segera menyelesaikan semua tunggakan,” kata Khairul Fahmi.

Jelas bekas penjaga gol kebangsaan itu, Sabah FC menampilkan persembahan buruk berdepan Terengganu.dalam dua perlawanan itu.

Mengakui isu gaji sedikit mengganggu tumpuan pemain, Fahmi menegaskan dia dan rakan sepasukan tetap berjaya memperlihatkan sikap profesional di padang dengan mencuba yang terbaik.

“Memang mengganggu kami (isu tunggakan gaji) tetapi kami berusaha keras dalam setiap perlawanan.

“Kekalahan kepada Terengganu tiada kaitan dengan isu gaji, lawan memang menampilkan persembahan lebih baik,” katanya lagi,

Khairul Fahmi menjangkakan satu lagi tugasan sukar buat Sabah FC apabila menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Likas Sabtu ini.

“Kami melakukan persiapan berdepan pasukan handalan (JDT), beraksi di tempat sendiri kami akan melakukan yang terbaik,” ujarnya mengharapkan penyokong Sabah hadir memberi sokongan padu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini