comscore
Tumpuan :
Sukan

Bach terlepas final Piala Dunia

FOTO: REUTERS

LAUSANNE: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia diantara Argentina menentang Perancis di Doha, Qatar berikutan dijangkiti COVID-19.

Bach dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk tidak melakukan perjalanan ke luar negara.

Presiden IOC itu menghadiri perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 diantara tuan rumah, Qatar menentang Ecuador, 20 November lalu namun selepas dijangkiti COVID-19 pada minggu berikutnya, Bach hanya mengadakan beberapa siri mesyuarat secara maya.

“Saya telah merancang untuk terbang ke Qatar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, saya tidak akan mengembara lagi.

“Mereka menyuruh saya bertenang selepas dijangkiti. Ia adalah final Piala Dunia pertama yang saya terlepas sejak 1986. Itu sukar untuk saya,” jelas Bach dalam wawancara bersama akhbar Jerman.

Presiden IOC secara tradisinya dijemput ke perlawanan final oleh rakan sejawatan mereka di Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pada perlawanan final empat tahun lalu di Moscow, Presiden FIFA, Gianni Infantino menjemput Bach dan kesempatan itu digunakannya untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Bach turut menerima jemputan daripada bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter ketika final 2014 di Rio De Janeiro, setahun selepas dipilih sebagai Presiden IOC.

Bach menyaksikan negaranya, Jerman menjulang trofi Piala Dunia selepas menewaskan Argentina 1-0.

Loading...
Terkini