comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Minta maaf Malaysia… kami tak menang harini

DUBAI: Hanya permintaan maaf yang mampu diluah Rosman Razak selaku jurulatih kepada beregu lelaki Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi selepas anak buahnya dikecewakan India di perlawanan akhir Kejuaraan Asia.

Beliau beranggapan kemantapan lawan melebihi daripada mereka yang menjurus episod memedihkan di hari kemuncak saingan Asia di Dubai semalam.

“Tahniah kepada pasangan India, mereka lebih baik berbanding kami, tetapi semestinya kami akan bangkit semula serta melakukan dengan lebih baik selepas ini.” tulis Rosman di laman sosial.

Cubaan Malaysia menamatkan penantian selama 15 tahun juara Asia tidak menjadi kenyataan apabila direntap Satwiksairaj Rankireddy/ Chirag shetty dari 21-16, 17-21, 19-21.

Permainan wakil negara itu pada mulanya tampak baik dengan kemenangan awal, namun mereka seakan hilang konsentrasi ketika mendahului di set kedua menuju penghujung menyebabkan dipintas lawan dan tewas.

Rankireddy/ Satwiksairaj mengambil kesempatan sebaiknya diatas tekanan ditanggung pemain negara dengan strategi agresif di set penentuan yang membawa kepada kesilapan-kesilapan sendiri.

Rosman bagaimanapun tetap berbangga dengan pemainnya menerusi semangat juang tinggi yang ditampilkan sekaligus mengharapkan tuah berbeza selepas ini.

Hasrat menamatkan kemarau juara Asia yang kali terakhir diraih menerusi Choong Tan Fook/ Lee Wan Wah pada 2007 lebur dan dibawa ke edisi seterusnya.

Ee yi/ Yew Sin tetap boleh berbangga membawa pulang pingat perak negara kedua berturut-turut selepas Aaron Chia/ Soh Wooi Yik turut menerima nasib serupa di peringkat sama tahun lalu.

Loading...
Terkini