comscore
Tumpuan :
Sukan

Bayern mungkin terpaksa melupakan Kane

Harry Kane kini semakin terdesak untuk merealisasikan perpindahannya ke Bayern Munich selepas Tottenham tidak mempedulikan tawaran kelab Bundesliga berkenaan. – Foto AGENSI

LONDON: Impian Harry Kane untuk berpindah ke Bayern Munich mungkin tidak kesampaian selepas Tottenham seakan tidak mempedulikan tawaran kelab Bundesliga berkenaan.

Bayern membuat bidaan terakhir bernilai 86 juta pound (RM497.31 juta) Jumaat lalu, mengharapkan jawapan segera daripada Spurs, namun ia dibalas dengan pengerusi kelab, Daniel Levy terbang ke Amerika Syarikat.

Bayern tidak boleh menunggu lebih lama dan mungkin terpaksa melupakan Kane. Sasaran seterusnya ialah pemain Juventus, Dusan Vlahovic.

Bayern juga tidak akan memenuhi permintaan Levy yang meletakkan harga 100 juta pound (RM578.27 juta) ke atas Kane.

Kane adalah sasaran utama pengendali Bayern, Thomas Tuchel. Malah keluarga pemain England itu juga sudah teruja untuk berpindah ke Munich.

Menyedari juara Jerman itu tidak akan memenuhi permintaan Levy, Tuchel kini mencari alternatif menerusi pemain seperti Vlahovic dan pemain Perancis, Randal Kolo Muani.

Bayern sebelum ini membawa masuk pemain Napoli, Kim Min-jae tetapi tumpuan utama mereka ialah menggantikan Robert Lewandowski di bahagian serangan. – AGENSI

Loading...
Terkini