comscore
Tumpuan :
Sukan

Spurs tolak tawaran baharu terhadap Kane

Harry Kane ketika berlatih bersama pasukan England pada Piala Dunia 2018.

LONDON: Tottenham Hotspur dilaporkan masih belum bersedia menjual ketua pasukan mereka, Harry Kane sekali pun sudah sudah ditawarkan dengan perjanjian baharu bernilai £70 juta (RM418 juta) dari Bayern Munich.

Ia dipercayai kerana jumlah yang ditawarkan itu masih dianggap sebagai terlalu rendah oleh Spurs.

Tambah memeningkan Bayern apabila juara Bundesliga Jerman itu dikatakan sudah mencapai persetujuan peribadi dengan Kane berhubung perpindahan itu.

Sedangkan pada masa sama, Bayern masih terdesak untuk mencari penganti kepada penyerang Robert Lewandowski yang meninggalkan kelab itu tahun lalu.

Dari satu lagi sudut, Bayern dikatakan tidak mahu mengeluarkan lebih banyak wang jika masih mahu mendapatkan khidmat Kane apabila kontraknya bersama Spurs tamat tahun depan.

Satu-satunya alternatif buat mereka ketika ini ialah untuk cuba mendapatkan khidmat penyerang Napoli, Victor Osimhen.

Mengikut laporan, Spurs meletakkan Kane dengan nilai £100 juta pound atau RM597 juta.

Kane 29 tahun menyertai Spurs melalui pasukan akademi remajanya pada usia 16 tahun pada tahun 2010.

Dan meskipun belum menjulang sebarang trofi utama, Kane sudah menjaringkan 280 gol dalam 435 penampilan bersama Spurs.

Loading...
Terkini