comscore
Tumpuan :
Sukan

Benzema tinggalkan Madrid selepas 14 musim

-FOTO : Real Madrid / Facebook

MADRID: Real Madrid dan Karim Benzema akhirnya memutuskan perpisahan selepas 15 tahun bersama.

Perkara tersebut disahkan kelab itu menerusi pengumuman di laman rasmi mereka yang menyatakan penghargaan dan tamatnya khidmat tonggak serangan mereka.

“Kelab Bola Sepak Real Madrid dan ketua pasukan kami Karim Benzema telah bersetuju untuk mengakhiri masa cemerlangnya dan tidak dapat dilupakan sebagai pemain di kelab kami. Real Madrid ingin menunjukkan rasa terima kasih dan kasih sayang kami kepada pemain yang sudah pun menjadi antara legenda terhebat.” menurut kenyataan di laman web.

FOTO : Real Madrid

Benzema menyertai Madrid dari Lyon pada usia 21 tahun dan mempunyai rekod sebanyak 25 trofi– yang terbanyak dalam sejarah pasukan iaitu lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah, lima Piala Dunia Kelab, empat Piala Super Eropah, empat juara liga, tiga Piala Raja Sepanyol dan empat Piala Super Sepanyol.

Dari segi individu pula, penyerang itu mengumpul 353 gol yang meletakkannya sebagai pemain keempat penjaring terbanyak La Liga selain penerima anugerah Ballon d’Or.

Los Blancos akan mengadakan majlis perpisahan dan penghargaan buatnya di pangkalan kelab Real Madrid Sport City Selasa ini.

Dengan perkembangan terbaharu ini, ia menguatkan lagi spekulasi destinasi berikutnya pemain berusia 35 tahun itu yang dikatakan menerima tawaran lumayan pasukan Arab Saudi.

Loading...
Terkini