comscore
Tumpuan :
Sukan

Berakhir sudah Cabaran Malaysia di Jelajah Akhir BWF

Foto: BAM/ Facebook

PETALING JAYA: Kekalahan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada perlawanan Kumpulan A sebentar tadi mengakhiri cabaran Malaysia pada saingan Jelajah Akhir BWF di Hangzhou, China.

Tang Jie – Ee Wei tewas kepada pasangan nombor enam dunia dari Thailand,  Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai  pada permainan yang berlarutan 1 jam dan 10 minit.

Permulaan yang baik buat pasangan negara apabila menang set pertama 21-18.

Nasib tidak menyebelahi Tang Jie – Ee Wei yang berusaha  menamatkan terus saingan Dechapol – Sapsiree pada set kedua, sebaliknya lawan berjaya bangkit  dengan  kemenangan 21-18.

Set penentuan Tang Jie – Ee Wei, beregu di kedudukan kelapan dunia,  gagal meneruskan momentum mereka membolehkan Dechapol – Sapsiree  mengawal perlawanan dan muncul pemenang 21-14.

Kekalahan ini menyaksikan Tang Jie dan Ee Wei di tangga tercorot Kumpulan A.

Apapun  sekurang-kurangnya penampilan sulung Tang Jie -Ee Wei dalam siri jelajah akhir ini tetap meninggalkan kesan apabila mengejutkan pasangan nombor satu dunia dari Jepun Yuta Watanabe – Arisa Higashino semalam.

Tang Jie – Ee Wei menang 12-21, 21-16, 21-16 pada perlawanan kedua mereka itu  selepas kalah aksi  pertama di tangan gandingan tuan rumah, juga beregu nombor empat dunia,  FengYan Zhe-Huang Dong Ping 10-21,13-21.

Loading...
Terkini