comscore
Tumpuan :
Sukan

Beri kesedaran atlet bayar cukai – MOM

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kesedaran kepentingan membayar cukai kepada atlet perlu dilaksanakan.

Ke arah itu   Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mencadangkan agar Majlis Sukan Negara (MSN) berkerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merealisasikannya.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kedua-dua pihak boleh mengadakan sesi penerangan definisi sebenar pendapatan yang boleh dicukai atau tidak kepada atlet memandangkan sebahagian besar mereka dilihat kurang perihatin mengenai hal tersebut.

 

“Kadang-kadang dalam isu cukai ini ada bahagian yang boleh ditolak dan atlet mungkin tidak tahu terdapat sedikit rebat cukai ke atas mereka.

“Amat penting untuk bantu atlet (kepentingan bayar cukai) berbanding mencari salah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun sebagai duta NCT Alliance dan pelancaran ‘Road to NCT Junior Badminton Championship’ di sini, hari ini.

Tegas Mohamad Norza,  tidak adil menyalahkan atlet kerana mereka telah berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama negara dalam kejohanan atau temasya sukan yang disertai.

“Saya fikir tiada pendapatan lain untuk atlet dan tidak tahu bila penghujung kerjaya, jadi sudah tentu ketika masih beraksi mereka mahu menyimpan duit serta membuat pelaburan agar mempunyai masa depan yang baik,” katanya.

Beliau diminta  mengulas laporan sebuah akhbar tabloid tempatan semalam yang mendedahkan bahawa berlakunya 243 kes tunggakan cukai membabitkan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM15.873 juta dalam kalangan komuniti sukan termasuk golongan atlet.

Loading...
Terkini