comscore
Tumpuan :
Sukan

Besbol berpotensi tersenarai di SUKMA

Antara aksi saingan edisi sulung NBL di padang besbol UPM yang disertai Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor . – Foto – Baseball Federation of Malaysia – BFM / Facebook 

SERDANG: Penganjuran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) tahun ini secara tidak langsung membuka ruang untuk sukan ini dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia, SUKMA.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Segara, (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail tidak menolak perkara berkenaan pada majlis pelancarannya hari ini.

“Apa saja sukan kita alu-alukan, tertakluk kepada macam mana penerimaan sukan itu di tahap antarabangsa, sekiranya mereka dikendalikan oleh satu badan sukan antarabangsa seperti OCA (Majlis Olimpik Asia), Sea Games Federation (Persekutuan Sukan SEA) dan olimpik, sukan-sukan itu dapat kita bantu dalam bentuk yang lebih baik lagi dari segi persiapan dan sebagainya,” jelas Datuk Ahmad Shapawi.

Beliau juga menyeru kerja keras digerakkan Persekutuan Besbol Malaysia (PBM) untuk memperkembangkan sukan ini untuk menjadi sukan popular di Malaysia.

Antara aksi saingan edisi sulung NBL di padang besbol UPM yang disertai Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor . – Foto – Baseball Federation of Malaysia – BFM / Facebook

Besbol ini pernah disenaraikan dalam SUKMA yang dilangsungkan pada tahun ganjil di Kuala Lumpur namun, timbul sedikit dilema memandangkan terdapat satu lagi sukan yang hampir sama dengan besbol iaitu sofbol yang terlebih dahulu sudah mendapat tempat di tanah air.

“Untuk bagi sukan macam sukan besbol ni, kita galakkan dari segi penyertaan secara besar-besaran, popularkan sukan itu terlebih dahulu, sehingga ia menjadi kompetitif di dalam negaralah,” tambah Ketua Pengarah MSN itu lagi.

Saingan liga tahun 2023 dibuka secara rasminya pemangku raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di padang besbol Universiti Putra Malaysia, (UPM).

Ia membabitkan 184 pemain dari lapan buah negeri dan sudah pun memulakan saingannya sejak 10 jun lalu dan dijalankan selama enam minggu pada setiap Sabtu dan Ahad.

Loading...
Terkini