comscore
Tumpuan :
Sukan

Pingat emas hadiah hari jadi Nur Jannaton

Oleh Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Atlet memanah Nur Jannaton Abdul Jalil dari Perak raih hadiah hari jadi cukup istimewa ketika dia mencecah usia 27 tahun hari ini apabila meraih dua pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Berlangsung di padang Turf, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini, Nur Jannaton mengungguli compound pusingan Olimpik individu, menewaskan atlet Pulau Pinang Nazirah Md Noor 127-126.

Atlet berketinggian satu meter itu, kemudian mengungguli compound berpasukan campuran bersama pasangannya Mohd. Zafi Rahman Mat Saleh.

Gandingan Perak itu tiada masalah untuk menewaskan pasangan Kedah, J. Sharon- G. Daneshen 140-128, manakala gangsa dimenangi Nazirah Md Noor-Mohamed Saifullrizal Mohamed Sakhir dari Pulau Pinang.

Secara keseluruhan di Para Sukma, ini adalah pingat emas peribadi ketiga buat Nur Jannaton selepas menjuarai acara compound wanita terbuka Rabu lepas.

Nur Jannaton juga akan menyertai lebih banyak kejohanan dalam dan luar negara dalam usaha menempah slot ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

Loading...
Terkini