comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Karier Safawi Rasid bersama Ratchaburi FC bermula

FOTO: Ratchaburi FC/Facebook

RATCHABURI: Aura bola sepak Thailand yang baharu ditabal juara Piala AFF diharap dapat memberikan nafas baharu kepada tonggak pasukan kebangsaan Muhammad Safawi Rasid.

Ketua pasukan Harimau Malaya itu memulakan kariernya di liga utama negara jiran berkenaan, Thai League One apabila diperkenalkan sebagai pemain Ratchaburi FC hari ini.

“Sejak saya berusia 15 tahun lagi ketika bermain bola sepak di sekolah sukan, cita-cita saya ialah beraksi di Liga Thailand. Ia menjadi kenyataan sekarang selepas menanti agak lama,” luah Safawi di majlis pengenalan pemain siang tadi.

Tahun 2023 boleh diibaratkan sebagai permulaan baharu penyerang itu yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim.

FOTO: Ratchaburi FC/Facebook

Kelab Thailand tersebut menjadi destinasi keempat dalam karier pemain berusia 25 tahun itu selepas menyarung jersi T-Team, JDT dan Portimonense sepanjang tahun 2016 hingga 2022.

The Dragons ketika ini menghuni tangga ketiga dibelakang pendahulu Buriram United dibezakan 10 mata.

Chonburi pula satu mata sahaja mengtasi mereka selepas 15 perlawanan melalui 15 perlawanan musim ini.

Skuad bimbingan pengendali dari Sepanyol Xavi Moro itu juga mendapat khidmat rakan sepasukan Safawi di Harimau Selatan, Moussa Sidibe dari mali secara pinjaman.

Penampilan Safawi pastinya dinanti ramai apabila Ratchaburi dijadual menentang Khon Kaen United di tempat lawan dalam saingan liga Sabtu ini.

FOTO: Ratchaburi FC/Facebook
Loading...
Terkini