comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Malayan Tigress bermula mantap di Thailand, azam buat kejuatan jumpa tuan rumah esok

FOTO: FAM / Facebbok

BURIRAM: Pasukan wanita negara membuat permulaan baik di Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun yang berlangsung di Buriram, Thailand.

Barisan bimbingan Petronella Douny itu menumpaskan Kepulauan Mariana Utara 5-1 dalam saingan kumpulan A, semalam sekaligus menerbitkan keyakinan untuk meraih satu lagi keputusan positif menentang tuan rumah esok.

“Thailand boleh dikatakan sebagai satu pasukan yang terbaik, dengan kemenangan kami itu, saya harap kami dapat membuat sesuatu mahupun cuba melakar sejarah atau kejutan yang boleh dibanggakan penyokong negara,” kata Petronella ketika sidang media dalam talian hari ini.

FOTO: FAM / Facebbok

Beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya agar tidak gentar dan terus berjuang di atas padang dengan tidak perlu merasa gentar kepada mana-mana pasukan.

Dalam aksi di Stadium Buriram City, Malaysia turun dengan misi mencari kemenangan moral dalam aksi pertama dengan menghadapi lawan dari kawasan Oceania itu.

Kepulauan Mariana Utara yang dibelasah tuan rumah 11 gol dua tiga hari lalu tampak menjadi mangsa seterusnya apabila ketinggalan menerusi gol Rocillyeka Lole minit ke-11.

Namun kelebihan itu dipadam Kaithlyn Chavez pada minit ke-29 yang menggamamkan penjaga gol Daliea Eliesa Mohd Hafiz.

Rocillyeka Lole kemudian membuktikan ketajamannya selaku penggempur dengan kembali meletakkan Malaysia mendahui 2-1, 10 minit sebelum rehat.

Di separuh masa kedua, Malayan Tigress terus enggan membenarkan Kepulauan Mariana Utara bangkit apabila menyumbat tiga lagi gol.

Rocillyeka Lole melengkapkan hatrik menerusi dua lagi penyudah dalam tempoh singkat minit ke-80 dan 82.

Adlin Bandi pula menghasilkan gol terakhir permainan, sekaligus melengkapkan kejayaan pembakar semangat di pertembungan penentuan jam 7 petang esok di gelanggang sama.

Loading...
Terkini