comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Qatar letak standard penganjuran tinggi, hos Piala Dunia 2026 Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada azam tampil lebih baik

Linda Greenfield (paling kiri) bersama Sheikha Alya (tengah) dan wakil Mexico serta Kanada memegang bola sebagai simbolik penyerahan tugas tuan rumah Piala Dunia 2026. – FOTO: Chris Jones

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

DOHA: Kempen Piala Dunia 2022 melabuhkan tirainya di Qatar bererti tamatlah tugasan tuan rumah edisi ke-22 itu dan bermulalah misi penganjur seterusnya empat tahun lagi.

Di Doha, pegawai negara itu diketuai Sheikha Alya Al Thani selaku Duta Negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan majlis penyerahan tugas kepada delegasi jawatankuasa saingan 2026 sebagai simbolik pertukaran hos.

“Perkara paling penting untuk diingati ialah Piala Dunia mengatasi segala-galanya dan ia memainkan peranan luar biasa menyatukan rakyat dan negara serta mewujudkan persahabatan yang berkekalan. Ini adalah legasi paling penting kami mahu harungi hari ini dan harap kepada Amerika Syarikat serta Mexico dan Kanada teruskan pada 2026 apabila mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA seterusnya,” kata Sheikha Alya.

Piala Dunia selepas ini bakal diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menyaksikan kali pertama tiga negara melangsungkannya.

“Kami amat teruja menuju empat tahun lagi dengan kerjasama Kanada dan Mexico di Piala Dunia selepas ini. Kami sudah mula bekerja keras bersedia bagi tahun 2026 dan mengalu-alukan kedatangan penyokong dari serata dunia. Ia akan menjadi Piala Dunia untuk dikenang. Anda telah meletakkan penanda aras tinggi, tetapi kami bersedia, kami akan menyiapkan serta mencuba menyamai standard ini dan pergi lebih lagi,” ucap delegasi Presiden Amerika Syarikat Linda Greenfied.

Turut menyertai rombongan ialah Penolong Setiausaha Diplomasi Awam dan Strategi, Kementerian Luar Mexico dan Omar Alghabra, Menteri Pengangkutan Kanada.

Dengan pemilihan tiga negara berkenaan, saingan berprestij di dunia itu kembali semula ke benua Amerika Utara selepas 32 tahun sejak Amerika Syarikat mengadakan edisi ke-15 pada 1994.

FIFA juga telah menyatakan uituk mengembangkan kempen daripada penyertaan 32 pasukan kepada 48 bermula 2026. – AP

Loading...
Terkini