comscore
Tumpuan :
Sukan

Chiew Sien-Pei Jing muncul naib juara di Sydney

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Gandingan wanita negara Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing muncul naib juara Badminton Terbuka Australia selepas tewas kepada beregu Indonesia Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi di Sydney sebentar tadi.

Turun selaku pasangan bukan pilihan Chiew Sien-Pei Jing menampilkan tentangan sengit mencemaskan pilihan kedua kejohanan itu apabila memenangi set pertama 21-12.

Begitupun beregu negara gagal meneruskan rentak penguasaan membolehkan lawan bangkit 21-7 pada set kedua.

Set penentuan terus memperlihatkan kesungguhan  Chiew Sien-Pei Jing untuk mengimbangi  tekanan lawan.

Namun selepas perlawanan berlarutan 1 jam 14 minit  mereka akhirnya mengalah tewas set penentuan 13-21.

Apapun pujian buat Chiew Sien-Pei Jing gandingan yang baru dibentuk itu dengan kemampuan ke perlawanan akhir.

Antara persembahan terbaik mereka mengejutkan pilihan ketiga dari Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Young Pui Lam pada aksi separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini