comscore
Tumpuan :
Sukan

COPA AMERIKA: Amerika Syarikat tersingkir, Brazil sebelah kaki ke suku akhir

Jurulatih AS Berhalter mengarahkan sesuatu kepada pemainnya menjelang babak kedua pertemuan menentang Uruguay di Stadium Arrowhead yang menyaksikan mereka tewas 0-1 seterusnya tersingkir pada saingan Copa Amerika. – FOTO: Reuters

KANSAS CITY:  Masa depan jurulatih Gregg Berhalter kini mula menjadi persoalan apabila Amerika Syarikat (AS)  tersingkir di hadapan penyokong sendiri  pada saingan Copa Amerika 2024.

Berhalter hanya dilantik semula memimpin AS pada Jun tahun lalu berikutan direhatkan selepas mengetuai pasukan itu ke Piala Dunia 2022.

Pada aksi terakhir Kumpulan C, AS tewas 0-1 kepada Uruguay menerusi jaringan kontroversi Mathias Olivera pada minit ke-66 yang disahkan pengadil dari Peru, Kevin Ortega selepas semakan  Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Sukar untuk dikatakan sekarang, jelas emosi sedang memuncak,” kata kapten AS, Christian Pulisic yang kecewa.

“Kami mempunyai permulaan yang baik dan membawa banyak tenaga, tetapi tidak mempunyai kualiti yang mencukupi. Kami tidak dapat mencari penyelesaian,”

Sebelum perlawanan AS masih memiliki peluang untuk layak ke suku akhir dengan mengikat Uruguay dengan keputusan seri sambil mengharapkan Panama tewas kepada Bolivia.

Namun sebaliknya berlaku, Panama mengesahkan tempat ke suku akhir apabila menundukkan Bolivia 3-1 untuk mengiringi Uruguay ke suku akhir.

Dalam perkembangan lain, Brazil dilihat hampir pasti merebut tiket terakhir suku akhir menjelang aksi kemuncak Kumpulan D esok.

Selepas dua perlawanan Brazil mengumpul empat mata manakala pesaing tedekatnya Costa Rica dengan satu mata.

Jika tewas kepada Colombia esok tempat Brazil  ke suku akhir sudah terjamin kerana Costa Rica memerlukan jaringan besar menundukkan Paraguay.

Costa Rica selepas dua perlawanan terus buntu mencipta jaringan, tewas 0-3 kepada Colombia dan seri tanpa jaringan menentang Brazil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini