comscore
Tumpuan :
Sukan

COPA AMERIKA: Ecuador ibaratkan aksi final lawan Agentina

Jurulatih Ecuador Felix Sanchez yakin kemampuan pemainnya menentang Argentina pada suku akhir esok. – FOTO: Reuters

HOUSTON: Debaran Copa Amerika 2024 kian memuncak dengan saingan memasukki fasa suku akhir esok menyaksikan juara bertahan Argentina menentang Ecuador.

Pengendali Ecuador, Felix Sanchez tanpa berselindung mengakui  teruja menjelang pertembungan itu dan menganggapnya umpama  perlawanan akhir.

Dalam sejarah Copa Amerika, Ecuador tidak pernah bergelar juara, tetapi bagi Sanchez, jika berjaya meraih kemenangan ke atas Argentina pasti akan menjadi kejayaan amat bermakna

.Sanchez juga yakin pemainnya memiliki keupayaan untuk mengecewakan Argentina.

“Kami tahu Argentina adalah lawan yang tiada tandingan dan kami tahu betapa sukarnya ia akan berlangsung.

“Ia adalah satu lagi perlawanan akhir untuk kami, dan kami akan cuba untuk bersaing dengan juara dunia dan pasukan terbaik dunia.

“Saya percaya bahawa pasukan kami akan sangat bermotivasi dengan semangat yang sangat tinggi dan cuba bermain perlawanan yang baik.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pemain kami. Saya tahu bahawa mereka akan memberikan yang terbaik seperti yang mereka lakukan dalam tiga perlawanan,” katanya.

Ecuador mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan B di belakang Venezuela.

Aksi pembukaan mereka tewas 1-2 di tangan Venezuela sebelum mengalahkan Jamaica 3-1 dan seri tanpa jaringan menentang Mexico.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini