comscore
Tumpuan :
Sukan

COPA AMERIKA: Mampukah Kanada kejutkan Argentina?

Lionel Messi sekali lagi jadi tumpuan meskipun dilaporkan tidak cergas. – FOTO: Reuters

NEW JERSEY: Bahang kemuncak Copa Amerika 2024 di Amerika Syarikat kian membara apabila berlangsungnya separuh akhir pertama esok pertemuan Argentina dan Kanada.

Ia ibarat perlawanan ulangan dan inilah peluang buat Kanada menebus kekalahan 0-2 dalam saingan Kumpulan A juga perlawanan pembukaan Copa Amerika pada 21 Jun.

Kedua-dua pasukan berkongsi cerita sama ke separuh akhir apabila menang menerusi sepakan penalti, Argentina mengalahkan Ecuador 4-2 selepas terikat 1-1 manakala Kanada mengenepikan Venezuela 4-3 juga selepas kedudukan 1-1.

Cumanya Kanada mungkin ada tonik tambahan setelah menundukkan  Venezuela yang sebelum ini berbangga dengan rekod kemenangan bersih menerusi tiga perlawanan untuk bergelar juara Kumpulan B.

Kanada juga pastinya mahu mencipta sejarah wakil CONCACAF kedua ke final ketika Argentina dengan keazaman tinggi mempertahankan kejuaraannya,

Kekuatan Argentina sekali lagi terarah kepada Lionel Messi meskipun dia dilaporkan tidak cukup cergas.

Manakala dengan format meletakkan penyerang tunggal, Kanada yang dibimbing jurulatih kelahiran Amerika Syarikat, Jesse Marsch punya percaturan jelas untuk mencabar penguasaan tengah Argentina.

Kanada sekali lagi dijangka turun dengan formasi 4-2-3-1 manakala Argentina 4-4-2 pada aksi yang dijadual berlangsung  di Stadium MetLife, New Jersey yang berkapasiti lebih 80 ribu penonton.

Barisan kemungkinan:

ARGENTINA: E. Martinez; Molina, Romero, Li. Martinez, Tagliafico; De Paul, Mac Allister, Lo Celso, Gonzalez; Messi, La. Martinez

KANADA: Crepeau; Johnston, Bombito, Cornelius, Davies; Osorio, Eustaquio; Laryea, David, Shaffelburg; Larin

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini