comscore
Tumpuan :
Sukan

Cuaca bukan alasan

Pemain JDT dalam sesi latihan di Kawasaki menjelang pertemuan menentang Kawasaki Frontale di Stadium Todokori petang esok. – FOTO: Southern Tigers/ Facebook

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim, JDT, Esteban Solari tidak mahu menjadikan cuaca sejuk sebagai alasan menjelang pertemuan menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todokori, petang esok.

“Saya enggan meletak kondisi cuaca sejuk sebagai alasan kerana kami berada di sini lebih awal bagi membuat persiapan sebelum aksi sebenar menentang Kawasaki.” kata Solari.

Menghadapi kondisi cuaca sejuk dengan suhu sekitar 17 darjah celsius dan mungkin memberi kesan terhadap corak permainan pasukannya, Solari kini merangka perancangan terbaik berdepan situasi itu.

Solari bagaimanapun menidakkan faktor cuaca yang boleh menjejaskan rentak permainan JDT tatkala pemainnya bersedia berdepan cuaca sejuk dan akan berusaha mengadaptasi situasi apabila turun beraksi nanti.

Pemain JDT dalam sesi latihan di Kawasaki menjelang pertemuan menentang Kawasaki Frontale di Stadium Todokori petang esok. – FOTO: Southern Tigers/ Facebook

“Pemain juga mengetahui akan kondisi cuaca yang mereka perlu dihadapi malah ada beberapa pemain sudah bermain di negara cuaca sejuk termasuk baru-baru ini pemain kebangsaan beraksi di Taiwan dan juga ketika aksi menentang Ulsan Hyundai di Korea Selatan.”kata Solari.

Perlawanan JDT – Kawasaki dijadual bermula jam 6 petang waktu Malaysia esok dan pada satu lagi perlawanan, kelab Thailand BG Pathum United beraksi di tempat sendiri menentang wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Selepas empat perlawanan, Kumpulan I diterajui Kawasaki dengan 12 mata, JDT dan Ulsan masing-masing mengumpul 6 mata manakala BG Pathum tercorot tanpa sebarang mata.

Loading...
Terkini