comscore
Tumpuan :
Sukan

Dakwaan Josue gaji tertunggak kejutkan pengurusan tertinggi KL City

Paulo Josue  tidak mendapat gaji sejak Disember tahun lalu. – FOTO: Ihsan KL City

KUALA LUMPUR: Dakwaan tonggak pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC Paulo Josue tidak mendapat gaji sejak Disember tahun lalu menerusi satu laporan, nyata memeranjatkan pengurusan tertinggi pasukan KL City FC.

Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar menjelaskan, barisan kepimpinan tertinggi tidak dimaklumkan bahawa tunggakan gaji yang melanda pemain skuad itu mencecah tujuh bulan.

Sebagai rekod Kuala Lumpur United Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan pasukan KL City FC dengan pengarahnya kini hanya Syed Yazid berbanding tiga sebelum ini.

Justeru pihak pengurusan akan mengadakan pertemuan dengan pihak tertentu dan pemain dalam usaha menyelesaikan isu tunggakan gaji skuad City Boys.

Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar

Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar menjelaskan, barisan kepimpinan tertinggi tidak dimaklumkan bahawa tunggakan gaji yang melanda pemain skuad itu mencecah tujuh bulan.

Sebagai rekod Kuala Lumpur United Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan pasukan KL City FC dengan pengarahnya kini hanya Syed Yazid berbanding tiga sebelum ini.

Syed Yazid memaklumkan, menerusi pembentangan dalam mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak dinyatakan secara terperinci mengenai tunggakan gaji dengan seolah-olah skuad The City Boy tidak berhutang dengan pemain.

Tegas beliau, isu tunggakan gaji akan diselesaikan segera kerana dibimbangi akan menjejaskan prestasi pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

“Saya akan berjumpa dengan barisan pemain untuk mengetahui lebih jelas lagi tunggakan gaji yang melanda pasukan.

“Mungkin setiap pemain tunggakan gaji berlainan dan agak mengejutkan apabila tonggak KL City Paulo Josue tidak dibayar hingga tujuh bulan.

“Stanley tak pernah nyatakan tunggakan gaji sebanyak ini (tujuh bulan) malah situasi sama juga ketika mesyuarat Exco KLFA” katanya.

Mengikut rekod, sebelum ini KL City FC pernah terpalit dengan isu tunggakan gaji namun dikatakan sudah diselesaikan oleh pengurusan pasukan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini