comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua naib juara Terbuka Finland tersingkir awal

Foto: badmintonphoto_official

ODENSE: Hari yang kurang menjadi nampaknya buat Ng Tze Yong dan Man Wei Chong/Tee Kai Wun apabila gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Denmark.

Kedua-duanya yang menamatkan kempen Terbuka Finland sebagai naib juara Ahad lalu, tewas kepada lawan masing-masing di peringkat awal di Arena Fyn.

Tze Yong yang baru mendaki tangga ke-17 ranking dunia BWF, tumpas kepada Lu Guang Zu dalam tempoh 43 minit.

Pemain berusia 23 tahun itu memberi saingan sengit sebelum tunduk 18-21, namun hilang momentum dengan kekalahan 11-21 sekali gus memberikan kemenangan ketiga lawan itu ke atasnya selepas empat pertemuan.

Wei Chong/Kai Wun juga tidak mampu mengulangi kejayaan melangkah jauh seperti tiga hari lalu ketika melawan Akira Koga/Taichi Sato.

Foto: badmintonphoto_official

Beregu lelaki Jepun itu tidak membenarkan pemain negara bangkit di penghujung mata menerusi keputusan 21-18, 21-16 dalam tempoh 43 minit.

Aksi hari kedua Jelajah Dunia bertaraf 750 itu bagaimanapun memberikan keceriaan kepada beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien apabila merakam kemenangan ke atas Linda Efler/Isabel Lohau dari Jerman 21-18, 19-21 dan 21-17 untuk ke pusingan kedua.

Loading...
Terkini