comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiga wakil negara berentap di suku akhir Badminton Orleans Masters

Cheam June Wei – Foto: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Ketika tumpuan lebih terarah kepada cabaran pemain negara pada saingan Badminton Seluruh England, aksi memberangsangkan turut disajikan pemain kebangsaan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Orleans Masters di Paris.

Turut memasukki fasa suku akhir yang bermula malam ini, Malaysia juga akan menampilkan tiga wakil iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

Memulakan cabaran negara pada saingan yang menawarkan wang tunai RM210,000 itu, gandingan beregu campuran Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin.

Choong Hon Jian/Muhammad Haikal & Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin – Foto: Ihsan BAM

Tampil selaku pilihan ke-7, mereka akan menentang lawan dari Taiwan, Chen Cheng Kuan/Hsu Yin Hui.

Ia diikuti perseorangan lelaki, Cheam June Wei yang berdepan pemain Jepun, Koo Takahashi.

Manakala awal pagi esok, giliran beregu lelaki, Choong Hon Jian/Muhammad Haikal yang juga pilihan ke-4 kejohanan memburu tiket separuh akhir menentang pasangan China, Huang Di/Liu Yi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini