comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Gol Weghorst pastikan Belanda tewaskan Poland

Weghorst meraikan jaringannya selepas masuk selaku pemain gantian pada minit ke-81 berdepan Poland pada aksi Kumpulan D Euro 2024 di Hamburg. – FOTO: Reuters

HAMBURG: Cuma dua minit diperlukan Wout Weghorst untuk menjaringkan gol kemenangan Belanda menewaskan Poland 2-1 pada aksi Kumpulan D di Volksparkstadion sebentar tadi.

Penyerang Manchester United itu masuk menggantikan Memphis Depay pada minit ke-81 dan tidak menunggu lama menggegar gawang lawan selepas menyempurnakan hantaran Nathan Ake.

Poland yang turun tanpa penyerang sensasi Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan bagaimanapun mengejutkan Belanda seawal minit ke-16.

Gol menerusi tandukan Adam Buksa yang dipanggil menyertai pasukan selepas Lewandowski tidak sempat pulih untuk diturunkan pada aksi pembukaan.

Tiga belas minit berselang Belanda menyamakan kedudukan menerusi rembatan Cody Gakpo yang tertampan pertahanan Poland, Bartosz Salamon.

Kemenangan 2-1 membolehkan Belanda di tangga teratas sebelum menyusul aksi kedua Kumpulan D pertemuan Austria menentang Perancis, Selasa ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini