comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Jerman mulakan kempen belasah Scotland

 

MUNICH: Tuan rumah Jerman membelasah Scotland yang beraksi 10 pemain 5-1 ketika tuan rumah Euro 2024 memulakan kejohanan Kumpulan A dengan bergaya di Munich sebentar tadi.

Florian Wirtz meledak masuk gol pembukaan pada minit ke-10 dan Jamal Musiala menggandakan kelebihan dengan satu penamat cemerlang tidak lama kemudian.

“Satu permulaan yang terlalu baik. Kami melihat suasananya di negara ini dan kami memerlukannya,” kata Musiala.

Scotland pula terus ditimpa malang sebelum rehat apabila Ryan Porteous dibuang padang kerana terjahan berbahaya ke atas Ilkay Gundogan.

Kai Havertz mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk tuan rumah selesa mendahului 3-0.

Niclas Fuellkrug merembat masuk gol keempat pada pertengahan babak kedua selepas tampil dari bangku simpanan.

Bagaimanapun kesilapan Antonio Ruediger membolehkan Scotland merapatkan kedudukan.

Jerman yang belum lagi puas melengkapkan kemenangan 5-1 menerusi jaringan  Emre Can pada lewat perlawanan.

Jurulatih Jerman Julian Nagelsmann mengakui  melihat  keterujaan pemainnya untuk menebus kegagalan akhir-akhir ini dengan meraih keputusan lebih baik dan keyakinan meningkat sejak pelantikannya pada September lalu.

Rakan sejawatnya Steve Clarke dalam pada itu menggesa Scotland supaya “tidak takut sesiapa” berdepan kejohanan Euro kedua berturut-turut negara itu selepas lebih daripada dua dekad hambar di peringkat antarabangsa.

Berlangsung pertemuan kedua Kumpulan A hari ini, Switzerland menentang Hungary.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini