comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Faisal Halim sudah dipindahkan ke wad biasa 


SHAH ALAM: Pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim sudah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata namun tiada pelawat yang dibenarkan melihat keadaan pemain itu buat masa ini.

“Faisal berada dalam keadaan stabil. Doktor akan terus memantau keadaannya dan prosedur seterusnya dijangka berlangsung pada minggu depan.

“Prosedur ‘skin allograft’ berjalan dengan lancar dan dia memberi reaksi yang baik selepas prosedur terbabit. Jadi kita akan teruskan dengan prosedur seterusnya.

“Bagi prosedur seterusnya, dia akan menjalani prosedur ‘homograft’ iaitu menggunakan kulit daripada bahagian yang lain untuk ditampal di bahagian yang mengalami kecederaan.

“Berapa lama Faisal akan berada di hospital, paling kurang pun dua minggu,” katanya.

Shahril juga memaklumkan sentiasa berhubung dengan pemain itu menggunakan nota suara (voice note).

“Percakapannya sudah semakin jelas dan itu yang paling penting. Selera makannya juga bertambah kerana bukan sahaja dia setakat boleh makan diet lembut tetapi sudah boleh mengambil makanan biasa.

“Saya sentiasa menghubunginya dengan nota suara. Saya dengar dia cuba teringin nak makan nasi kandar dan sebagainya,” kata Shahril.

Terdahulu, pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu cedera selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang, 5 Mei lalu.

Tonggak utama Selangor FC itu disahkan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya.

Loading...
Terkini