comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM jalankan siasatan menyeluruh ke atas Zulkarnain

Pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria (kanan) memberikan sepakan penalti kelima dalam perlawanan Liga Super antara Sabah menentang Penang pada minit ke-90+12 (masa kecederaan) di Stadium Likas, Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Bukan setakat mengenakan penggantungan, malah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan turut menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengadilnya, Zulkarnain Zakaria.

Perkembangan itu disahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan badan induk itu akan melihat daripada kesemua aspek sebelum tindakan susulan dikenakan.

“Kita akan lakukan siasatan dengan jawatankuasa penilai akan melihat dan memanggilnya. Selepas itu, ada tindakan susulan.

“Kita tidak boleh sampai menghukum terlalu awal kerana langkah seterusnya akan diambil oleh jawatankuasa pengadil,” kata Hamidin pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, hari ini.

Zulkarnain Zakaria melayangkan kad kuning kepada penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar Md Jalil selepas mengasari pemain Sabah, Darren Lok.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada timbul ‘pengaruh luar’ susulan kelemahan mutu pengadilan liga tempatan, Hamidin menegaskan perkara itu adalah subjektif dan mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada pengadil.

Katanya, isu kelemahan pengadil bukan sahaja berlaku di Malaysia namun tetap terjadi di seluruh dunia dan mereka sentiasa memastikan pengadil berada pada tahap terbaik.

“Kita sentiasa memerhatikan pengadil dan ambil tindakan sewajarnya. Ia subjektif kerana kita tidak tahu kalau hari ini bagus, esok jadi berbeza.

“Macam kes baru-baru ini, kita lihat ada kelemahan membabitkan keputusan yang tak tepat. Nak dapatkan 100 peratus (kesempurnaan mutu pengadilan), di Piala Dunia pun tak dapat.

“Kita kena adil pada pengadil tetapi salah tetap salah. Dua aspek kemungkinan adalah perkara di luar dugaan ataupun prestasi mereka lemah,” katanya.

Loading...
Terkini