comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM tunggu laporan MFL – Rosmadi

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menunggu laporan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung kekecohan ketika perlawanan antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, jawatankuasa terbabit akan menjalankan siasatan terlebih dahulu berhubung kejadian itu.

“Kebiasaannya kita akan dapatkan dahulu laporan daripada MFL, kita di FAM mempunyai banyak jawatankuasa yang terbabit termasuk jawatankuasa disiplin.

“Saya sendiri sebenarnya tidak terbabit secara langsung dan tidak dapat memberikan penjelasan secara lebih tepat.

“Jadi kita perlu tunggu laporan MFL dan jawatankuasa terbabit yang akan menjalankan siasatan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat peniaga Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, perlawanan di antara KL City menentang TFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras dicemari dengan insiden membabitkan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan selepas wisel penamat ditiup.

Kejadian tolak menolak di antara pemain dan pegawai kelihatan di kawasan teknikal, dan pemain pertahanan import TFC, Pape Diakite kelihatan terpaksa dijauhkan daripada sekumpulan pemain KL City yang cuba menghampirinya.

Loading...
Terkini