comscore
Tumpuan :
Sukan

Hajat besar Sri Pahang lawan JDT esok

Skuad Sri Pahang mendengar perancangan barisan jurulatih pada latihan terakhir menentang JDT. Foto: Sri Pahang/ Facebook

PETALING JAYA: Lima perlawanan  tanpa kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), itu antara fakta yang mengiringi Sri Pahang menjelang kunjungan ke Stadium Sultan Iskandar Puteri esok.

Membawa tekad membaiki rekod buruk itu Sri Pahang mengharapkan gandingan dua penyerang import Kpah Sherman dari Liberia dan pemain kelahiran UKraine,  Mykola Ahapov membolosi gawang JDT yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed.

“Sherman dan Ahapov digandingkan buat kali pertama dan penampilan mereka penting untuk mencapai hasrat kami mencipta kemenangan kata ketua jurulatih Sri Pahang”, Fandi Ahmad.

Sebagai rekod kali terakhir Sri Pahang mengalahkan JDT pada saingan Piala FA pada 2014.

Selepas mengharungi dua perlawanan Liga Super, Sri Pahang kini di tangga kelima mengumpul empat mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United dan seri 2-2 menentang  Kuching City.

Manakala JDT unggul di tangga teratas liga menang ketiga-tiga perlawanan untuk mengumpul mata maksimum, sembilan mata.

Apapun kemenangan ke atas JDT amat penting untuk Sri Pahang mengembalikan moral pasukan selepas tersingkir pada saingan Piala FA.

Mereka tumpas di arena sendiri 14 Jun lalu kepada Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 pada pusingan 16.

Perlawanan JDT-Sri Pahang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, jam 5.30 petang esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini