comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya Bertarung Piala Asia 2023 Di Qatar

Foto: AFC Asian Cup

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Qatar diumum sebagai tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023 yang bakal menampilkan Malaysia bersama 23 lagi pasukan.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dianugerahkan hak sebagai penganjur tahun depan.

President AFC Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menerusi kenyataan badan induk serantau itu mengucapkan tahniah kepada Qatar diatas kejayaan bidaan yang dilakukan dalam masa sama menghargai keinginan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) yang turut berhasrat menganjurkannya.

“Qatar mempunyai kemampuan serta rekod dalam menganjurkan acara sukan antarabangsa dan ketelitian mereka semestinya dikagumi ramai serata dunia,” jelas Shaikh Salman.

Beliau turut memuji jawatankuasa yang menunjukkan tahap profesionalisma tinggi dalam membuat penilaian adil dan telus semasa proses bidaan.

Pasukan kebangsaan dibawah Kim Pan Gon berjaya menempah tempat dikalangan 24 negara selepas muncul naib juara kumpulan E pusingan kelayakan di Bukit Jalil, Jun lalu.

Loading...
Terkini