comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: ISN sedia berdepan sebarang kemungkinan di Paris

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Susulan kematian mengejut pemain badminton remaja China, pada Kejohanan Badminton Remaja Asia, Ahad lalu, membuka mata pelbagai pihak.

Insiden itu turut mendorong Institut Sukan Negara (ISN) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan membawa kelengkapan perubatan secukupnya ke Sukan Olimpik Paris.

Timbalan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Nicol David berkata, ISN akan memantau rapi kontinjen Malaysia, malah setiap acara sukan mempunyai pegawai yang dikhaskan bagi memastikan atlet berada dalam tahap terbaik sepanjang masa.

“Kita ada pasukan ISN yang sentiasa bersedia tetapi di Sukan Olimpik juga sudah tentu menyediakan pasukan perubatan mereka, ambulans akan ditempatkan di setiap venue dan itu adalah operasi standard di Sukan Olimpik.

“Di lokasi pertandingan pula, sudah tentu saya yakin kita (ISN) mempunyai peralatan defibrilator luaran automatik (AED) kerana ini adalah Sukan Olimpik, penganjur juga pasti menyediakannya.

“Pasukan kita (ISN) akan tetap membawa peralatan itu dan ISN akan dilengkapi peralatan secukupnya,” kata Nicol, ketika mengiringi ketua kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Ahad lalu, pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia di hospital, akibat serangan jantung ketika perlawanan di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini