comscore
Tumpuan :
Sukan

Jalil masih bersama JDT – Bidoglio

JOHOR BAHRU: Pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) Jalil Elias  masih bersama Johor Darul Ta’azim (JDT)- Itu pengesahan pengendali  JDT Hector Bidoglio.

Kali terakhir pemain pemain kebangsaan Syria itu beraksi pada 18 Mei lalu ketika JDT mengalahkan  Negeri Sembilan FC 3-1.

Bidoglio menegaskan Jalil  masih menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan.

“Dia pemain yang bagus tapi kami juga memiliki barisan pemain tengah yang baik,” katanya.

Spekulasi bertiup kencang Jalil yang juga pemain termahal Liga M dengan anggaran nilai tiga juta Euro (RM15.2 juta) itu bakal meninggalkan kelab.

Begitupun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung statusnya oleh pengurusan JDT.

Selepas empat perlawanan JDT terus berada di puncak liga dengan 12 mata maksimum

JDT mencatat kemenangan keempat semalam mengalahkan Sri Pahang 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dengan Heberty Fernandes mencipta hatrik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini