comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT salur jualan tiket kepada mangsa banjir di Johor

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyalurkan semua hasil jualan tiket perlawanan di laman sendiri kepada mangsa banjir di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik skuad Harimau Selatan, menitahkan supaya semua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

“Ia melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).

“Semua dana hasil daripada penjualan tiket itu akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di Johor,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini.

Musibah banjir bermula sejak 1 Mac lalu setakat ini meragut enam nyawa.

– BERNAMA

Loading...
Terkini