comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT semakin hampir pertahan rekod tanpa kalah 

FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS / Facebook

ISKANDAR PUTERI: Perlawanan tunggal Liga Super malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim, JDT mengalahkan Kuching City FC  2-0 di Stadium Sultan Ibrahim,  Iskandar Puteri.

Berbaki dua perlawanan,  itu kemenangan ke-23 JDT  sekaligus semakin hampir mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Pada perlawanan malam ini, jurulatih JDT, Estaban Solari cuma menurunkan dua pemain Harimau Malaya yang baharu pulang dari tugasan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Taiwan iaitu  Shahrul Saad dan Syahmi Safari.

Bagaimanapun skuad pelawat yang dibimbing Aidil Shahrin Sahak terpaksa juga bekerja keras menyerap  asakan tuan rumah.

JDT membuka jaringan pada minit ke-34  menerusi rembatan deras Bergson pada minit ke-34 dan  berbaki tiga minit  sebelum rehat  Juan Muniz menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan percuma.

Tiada lagi jaringan terhasil meskipun JDT meneruskan penguasaan pada babak kedua.

Ternyata taktikal Aidil  ‘berkampung’ di benteng pertahanan berjaya mengekang JDT daripada berpesta gol.

Kemenangan ini menyaksikan JDT mengumpul 70 mata manakala Kuching City kekal di tangga kedua tercorot dengan sembilan mata.

Loading...
Terkini