comscore
Tumpuan :
Sukan

Tugas getir buat Aidil bimbing Kuching City berbaki 8 perlawanan Liga Super

Pengendalai baru Kuching City FC Aidil Sharin Sahak (dua,kiri) bersama barisan kejurulatihan pasukan dan CEO Kuching City FC Iswadi Ali Hassan (dua,kanan).

Oleh : Kadir Edison

KUCHING: Tugas getir menanti pengendali baharu pasukan Kuching City FC bagi mengeluarkan pasukan berkenaan dari zon penyingkiran Liga Super.

Dengan baki lapan perlawanan, ia pastinya menuntut komitmen tinggi bagi menaikkan pasukan dari kedudukan ke-13 daripada 14 pasukan bertanding.

Apa tah lagi Kuching City ketika ini hanya mengumpul tujuh mata, beza dua mata dengan pasukan tercorot Kelantan FC dan satu mata di belakang pasukan tangga ke-12, Kelantan United.

Justeru, bagi pengendali baharu Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak fokus akan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan moral, kerjasama, persefahaman dan psikologi pemain.

“Sejujurnya, semua aspek pasukan perlukan perhatian dan peningkatan kerana boleh sepak adalah mengenai peningkatan.

Secara realistiknya, jika kita lihat kepada kedudukan sekarang dan ketiadaan kemenangan selepas banyak perlawanan, kita tidak boleh cakap pasal barisan pertahanan sahaja tetapi kita kena jaringkan gol untuk menang dan kita kena tingkat semua aspek,” katanya ketika sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Kuching City di sini hari ini.

Pegendali Baru Kuching City FC Aidil Sharin Sahak.

Aidil bagaimanapun masih optimis dengan kemampuan Kuching City.

Ia berdasarkan jurang masa antara setiap perlawanan dan ini memberikan ruang mencukupi untuknya membentuk persefahaman dan kerjasama yang mantap antara pemain.

“Ia akan ambil masa namum saya percaya dengan komitmen, kerjasama dan usaha yang padu setiap pemain ditambah oleh sokongan oleh pengurusan saya percaya keadaan akan bertambah baik,” katanya.

CEO Kuching City FC Iswadi Ali Hassan menyerahkan kontrak kepada pengendali baru Kuching City FC Aidil Shahrin Sahak

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswadi Ali Hassan berkata kontrak yang ditawarkan oleh kelab berkenaan kepada Aidil adalah untuk tempoh enam bulan iaitu sehingga musim ini berakhir.

Bagaimanapun menurutnya, penawaran kontrak berkenaan adalah berserta pilihan untuk dilanjutkan ke musim hadapan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan oleh Aidil sepanjang baki lapan perlawan Liga Super itu nanti.

Loading...
Terkini