comscore
Tumpuan :
Sukan

Penang menang tipis ke atas Kuching City

FOTO: MFL/Twitter

GEORGETOWN: Penang FC terus beraksi cemerlang di laman sendiri apabila melakar kemenangan buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan Kuching City FC 2-1, pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Penyerang berbisa The Cats, Abu Kamara meletakkan kem pelawat di hadapan pada minit ke-32 hasil bantuan rakan sepasukannya, Amir Amri Salleh.

Kedua-dua pasukan saling melakukan asakan namun pertahanan Penang, Khairul Akmal Rokisham meledak gol penyamaan pada minit ke-45 sebelum menuju waktu rehat.

Jaringan luar jangka itu tercipta apabila pertahanan tuan rumah, Faris Shah Rosli mendapat kesempatan melakukan sepakan percuma dengan hantaran derasnya gagal ditangkap kemas penjaga gol, Norazlan Razali.

Bola muntah itu singgah di kaki Akmal yang terus memanfaatkan peluang terhidang dengan melakukan rembatan kencang tanpa sempat dihalang Norazlan yang berada agak jauh dari gawang pelawat.

Memasuki babak kedua perlawanan pasukan pelawat terus menyerang kubu tuan rumah termasuk satu percubaan menarik daripada kapten Adam Shreen Tambi yang melakukan sepakan deras jarak jauh namun tangkas dinafikan penjaga gawang Penang, Muhammad Azfar Arif.

Tidak menunggu lama Sonny Saad membuatkan The Cats terkedu apabila meledak gol kedua Penang pada minit ke-51.

Loading...
Terkini