comscore
Tumpuan :
Sukan

KAFA Tak Lupa Jasa, Sumbangan Hashim Mustapha

Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menyerahkan sumbangan kepada Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi (EXCO) Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan.

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjaya mengumpul sebanyak RM7,231 hasil sumbangan semasa perlawanan amal bekas pemain Kelantan menentang bekas pemain Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Isnin.

Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, perlawanan bola sepak amal itu bertujuan mengutip dana untuk membantu bekas pemain kebangsaan dan Kelantan, Hashim Mustapha yang baru menjalani pembedahan pemotongan kaki minggu lalu.

“Alhamdulillah, sebanyak RM7, 231 hasil sumbangan berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penonton, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas pemain Kelantan dan Terengganu yang hadir semalam.

“Perlawanan amal ini diadakan dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu bagi meringankan beban dihadapi Hashim Mustapha.

“KAFA juga berharap supaya pihak yang prihatin terutamanya di Kelantan dapat membantu legenda bola sepak Kelantan dan Malaysia ini yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan bola sepak secara keseluruhannya di negara ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Untuk rekod perlawanan amal bekas pemain Kelantan bekas pemain Terengganu, berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Hashim Mustapha bekas pemain era 90-an sebelum ini selamat menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Legenda itu bukan nama asing di arena bola sepak negara pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selain turut mewakili negara.

Loading...
Terkini